Tuesday, September 14, 2010

hilang..

zahirnya dia datang
tapi itu bukan dia
bukan yang aku kenal
hati yang di calar tak ada bersama
kata dia tak pernah berubah
kata dia masih ada
dia atau aku salah?
tak jugak aku salahkan sesiapa
aku hanya terima ape yang pernah diberi
aku cuma merasa ape yang pernah dia rasa
mungkinkah tanpa dia sedar
mungkin hanya aku sedar
hati itu sudah berpindah
harap segala kesilapan
tertebus dengan aku mengundur diri
sakit ini biar aku tanggung sendiri
kerna percaya dia akan bahagia
semoga dia bahagia

Thursday, July 15, 2010

don't look back

owh..mungkin telah disumpah dengan nama si angan-angan. semua menjadi angan belaka. serba serbi tak menjadi. seberapa kali peluang datang didepan mata. sekadar mahu tidak mahu. ya, setulusnya hati kecil tahu mahu. gari di tangan tidak mengizinkan. haih..ini lah masalah bila suka memikir masalah. sampai sendiri punye di buang dalam dalam tong sampah, penuh dan bersepah. owh..hidup ini susahlah. eh, mana pulak. teringat tika melintasi TV kecik di dapur rumah. kebetulan mamat dalam kaca tv tu dengan kacak berkata " Life's Simple – You Make Choices And Don't Look Back" wooo..tertarik seketika melihat mamat tu lalu sambung berjalan melintasi TV kecik tadi.. kata hati kecil "kau cakap boleh ar" haha.. bukan tak bersetuju, sekadar melepas sesalan hati terhadap diri..

*still cant sleep, while listening secondhand serenade i miss D
where is D e f g h i j k l m n o p . . . x y z z Z z z z . ..

Tuesday, May 4, 2010

perubahan secara total

melakukan kerja2 pembersihan di blog..langsung dibuang sume yang kurang..haha.. untuk seketika topik perjuangan aku sepi dek hidup yang tak menentu.. tapi tak bermakna aku lupa.. masih diikut setiap perkara yang berlaku.. sume ni tak mungkin menghalang habit membaca dan ingin tahu.. serius tak suka andai terpaksa menjawap "erm..ntah, tak tau?"
bercakap soal menjawap aku teringat seketika aku masih di anythink creative bersama pakcik2 yang tak sedar mereka dihujung usia.. biasanya hanya hiburan jadi bahan tuturan, kali ni mereka berbicara soal negara.. dalam berbicara tu tetiba yiem(pakcik) ni menyoal. kau sokong kerajaan yum? "tak" aku jawap.. kenapa apa yang kau tak puas hati? kau dapat kesekolah dulu? "dapat" mkn sume cukup "cukup" tu..kau siap sambung msuk U pun dapat bantuan PTPTN kn? "yup" so ape lagi yang tak cukup, heh..aku tersenyum sinis.. aku tau yiem pun bukan lah sokong sgt kerajaan tapi cuba untuk provoke aku. jadi jawap aku "sekarang ni ape yang sy perjuangkan bukanlah tentang perut saya, tentang diri saya atau kepentingan saya. kalau itu yang jadi sebabnye ape beza saya dan kroni2 umno BN tu, tapi kita bercakap soal keseluruhan. kita perlu melihat secara total. Selama BN memerintah dah terlalu banyak kerosakan yang berlaku.. bukan hanya pada sistem perundangan, sistem penghakiman, sistem keselamatan, demokrasi, media malah kerosakan yang paling teruk pada pemikiran masyarakat. xperlu bercakap tentang masalah sosial kerna agama juga dipermain. menteri bercakap macam budak sekolah rendah. orang2 mcm ni ke kite nk biar memerintah. kalau sedikit boleh la kite perbaiki. macam machine, kalau dah banyak sgt rosaknya kite terpaksa tukar yang baru. jadi disini ape yang perlu ialah perubahan. dah terlambat untuk yang sikit2, kite perlu terus lansung secara total, satu2 nye cara dengan ubah kerajaan" kata2 aku diakhiri dengan senyuman.. tak perlu bercakap panjang kerna aku yakin semua orang pun tahu ape yg berlaku pada negara.. kecualilah orang bodoh yang hanya memikirkan perut sendiri.. (^_^)

Wednesday, March 17, 2010

datang dan pergi

segala seolah xkena harini..kata kakak "xkan si dia blik trus camni" mcm ni? mmg mcm ni je la aku..haha.. 2, 3 hari sebelum, naida disini, dibuli tika kenduri beri gift buat tamu. at least aku dapat luang masa untuk lain2. masa kemudiannya baru dihabis berdua.. hee.. hari2 yg gembira.. cadangnya akan ke kL sekali..peluang kerja pun banyak menanti.. tapi entah..hati aku dah tak ade lagi disana.. kerna disini aku bahagia.. bahagia dengan keluarga.. tapi tak mungkin aku hanya menanti, biar cuma dia datang, lalu pergi.. sabarlah, semua akan berakhir.. aku janji


candid by my bro, hafiz.. thx!

Tuesday, February 9, 2010

dancing in the water


new illustration..owh..da malas nak menulis blog..lalala