Saturday, February 21, 2009

mat rempit

jam 3 pagi tiba di ipoh.. lagi.. perjalanan kerumah dihiasi pemandangn remaja ditepian jalan.. terlalu ramai.. rosak anak muda bangsa ku.. mat rempit.. bukan main gah di atas jalan.. bangga diperhatikan.. ntah apa yang dibangga dengan motor jipang nya.. sampai bila.. apa yang boleh dikatakan, yang merempit juga yang menyokong sama.. bodoh.. teringat kisah seorang ustaz.. kebetulan ditontonnya adegan seorang rempit yang teruk kemalangan.. hanya menunggu masa.. kawan yang lain hanya memerhati dan ada yang pergi.. bila ditegur seseorang oleh ustaz, ini jawap nya.. "yang pergi tu tetap pergi pakcik, yang hidup ni, perjuangan mesti diteruskan" wakluu!! mungkin ini yang keluar dari mulut kawan aku jika terdengar kisah ini.. memang tak dapat disangkal lagi.. bodoh! sedikit malu aku dengan bangsa ku.. apakan daya, terus manusia akal cetek ini yang dibela kerajaan.. mungkin mudah diperguna kelak..


bersalaman dengan MB

siangnya ke rumah MB Nizar.. orang kurang.. mungkin menunggu esok.. menunggu saat dia meninggalkan kediaman MB. simpati aku dengannya.. juga rakyat perak yang tidak terbela.. mahu meluah perasaan satu bala angkatan FRU bakal turun..sini kan klon gaza..haha.. kan bagus jika mat rempit diperlaku begitu.. tapi yang diperangi adalah yang berfikir.. kerna yang bodoh hanya memberi lebih keuntungan..kerajaan malaysia..anda hebat sial! haha..

Friday, February 20, 2009

pemuda BN+hang tuah=bodoh



Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.


"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecah belahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

-dipetik dari malaysiakini

haha..tengok mereka ni hanya mengingatkan aku pada hang tuah.. seseorang yang taat dan bodoh..

Sunday, February 15, 2009

lain

sama..sudah beberapa minggu dengan benda yang sama.. aku ingin lain.. tidak ada beza hari kalau semalam tetap sama.. argh.. akhirnya minggu yang lain.. walau tidak tahu kemana pergi gara-gara tertido penat, asalkan ia malam minggu yang lain.. lain destinasi, lain aktiviti, juga lain teman.. haha.. siang ini cuti.. kerna busan, berjalan aku sendiri..dari klcc menuju ke puduraya.. tidak sikit pun dirancang, hanya mengikut kemana kaki melangkah.. akhirnya, sehelai sepinggang tiba di ipoh..hee.. mungkin ini yang di cari.. terlalu lama tidak menghirup udara ipoh.. semua nampak tenang walau baru pergolakan berlaku.. sinilah negeri dimana demokrasi terkubur..hurm.. ipoh..rindukan masa silam ku..

Wednesday, February 11, 2009

desktop wallpaper

pekerja-pekerja reene yang riang..haha.. busan di tempat kerja terhasil 2 lukisan ni.. lukisan bersama Qis, Zack & Hafiz..



Saturday, February 7, 2009

ape sula jadi

ke satu majlis hari jadi saudara kepada kenalan semalam.. alhamdullillah majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat.. dari geng2 surau rasanya.. sehabis bacaan doa selamat, masing menjamu hidangan.. maka terdengar la sedikit sebanyak perbualan politik dari geng2 surau tadi..setelah sudah mereka pun pergi.. maka barulah bermulut seorang pakcik ini..
"tu geng2 PAS la tu, tengok la, abis baca-baca doa, mgumpat"
"dia ingat raja tu sape, raja buat keputusan dia tau la..dia dah study la sume tu, ingat raja tu bodoh ke buat keputusan macam tu"
dan beberapa ayat lagi yang membuatkan aku tak dapat terus mendiam..
"erm..tapi saya orang perak ni pun marah jugak ngan tindakan sultan"
aku membuka kata.. senyap seketika, pakcik tadi dan beberapa lain memandang.. maka berlaku sedikit perdebatan.. si pakcik yang tak dapat menagkis hujah aku tak habis dengan isu lapuk.. kerana dia pakcik, bahasa ku susun rapi.. ikutkan hati mau je di cop bodoh..haha.. akhirnya dia terdiam dan merengek sendiri.. kemudian beredar membawa diri.. tanpa disedari majlis potong kek dah pun berlalu..hee..ape la, sedikit rasa salah juga pada pakcik tu.. juga tak boleh dibiar sesat..mungkin sedikit akan dia berfikir.. mungkin akan mampu waras semula..insyaallah..

Thursday, February 5, 2009

selamatkan perak

akhirnya berlaku pergelutan diperak.. sayangnya tak dapat melalui sangat2 genting ini.. memang celaka la keempat-empat (gambar sebelah) mereka yang menjadi punca, dan juga najib sebagai dalang.. BN sememangnya tak pernah kenal apa itu demokrasi.. dapat dilihat disini, duit merupakan segala-galanya.. punya wang semua mampu dibeli termasuk harga diri.. baru lagi mendengar kekejaman zionis merampas takhta, akhirnya berlaku di negeri kelahiran sendiri.. ada nya sultan juga tak berguna.. lemah.. kalau beginilah tindakan seorang sultan.. solat jumaat ku selama ini telah disia-siakan dengan doa keatasnya.. mengharap keajaiban berlaku.. semoga semua ini berlalu.. akhirnya yang benar pasti menang.. DS Nizar.. aku di belakang mu..

kalau orang nak bagi nampak dadah itu jijik, orang sebut NAJIS DADAH. Hari ini, Hambo nak bagi nampak rasuah tu jijik, hamba sebut TAHI RASUAH.. bermakna, kalau beli kereta dengan duit rasuah, KERETA TAHI. Kalau beli rumah dengan duit rasuah, RUMAH TAHI. Kalau menang pilihanraya dengan rasuah, YB TAHI
-Tok Guru

#sebab tu perangai orang umno busuk..

Wednesday, February 4, 2009

kahwin

seseorang ke kedai survey kad kahwin.. tak pernah terfikir tentang permintaan yang satu ni.. nasib ada balqis.. tapi dengan balqis2 skali pening..haha.. terlalu complex..semuanya harus di caj dari jenis kad, artwork dan printing berlainan dari setiap helaian.. ape pun cos dia mmg agak tinggi.. setelah broder tu pergi, aku secara spontannya meluahkan buah fikiran kepada balqis..
aku : ee..mahalkan harga dia..
balqis : a'ah, tu la..mahal gile..
aku : kay kalau kawen nanti ingat nak wat kad saiz bisness card je la..
balqis : haha..kedekut..
aku : hey, bukan kedekut la.. ok pe, depan tulis name semua.. then
blakang letak map.. lagipun kan lagi praktikal..orang bley simpan dalam walet.. kalau kad biasa lepas tengok orang buang je..kan..hee..

hurm..mungkin kad kawen tu betul-betul dirialisasikan nnti.. pertama dalam sejarah, pastu nnti baru orang ikut..haha.. nak kawin pun susah, tu baru kad kawen blum blanje yang lain.. bukan tak boleh nak kurangkan cos.. tapi masalah orang kita terlalu banyak mulut.. ape pun tak kene..terikut sangat adat.. benda yang simple di putar belit alam supaya lebih sempurna kononnya.. percaya sangat benda karut, da la ikut adat bangsa lain (india).. yang betul islam tak nak pula diikut..hurm.. itu la bangsa ku..

Tuesday, February 3, 2009

tibanya februari

tiba sudah bulan kedua..asalnya nak update gambar setiap bulan..tapi tak berkesempatan dek jadual keje yang memenuhi setiap hari..memang perjalanan yang mencabar..bukan senang beb nak senang..haha..ntah sampai bila aku akan bertahan..bukan tak tahan, tapi slalu rasakan bukan ini jalannya, jalan yang btul-btul dicari.. tambahan panggilan mak kelmarin memberi sedikit impak.. mungkin itu antara kekurangan yang aku rase..aku rindukan mereka!
hari2 berlalu terlalu pantas..tak terkejar.. mungkin ini yang aku risaukan..takut tak sempat, tak sempat mengapai cita.. dengan kerja kini, langsung diabai urusan luar, inikan mengejar anganangan.. mungkin betul ape difikir, aku perlu berubah.. tak boleh macam ni.. terasa baki masa terlalu singkat..sangat singkat..

dari membuat call card, mengenali seseorang dari media prima.. mungkin akan dapat membantu, membantu ke platform baru..