Monday, June 29, 2009

Michael Jackson


2-3 hari lepas ke kuching.. 1st news yang di dengar sesampai di kuching, pemergian Michael jackson (MJ) atau nama islam nya mikail.. tetapi tak ade satu pun brita luar yang memberitahu tentang MJ sebagai mikail. yang ada hanya menafikan.. sampainya di kLia smalam dapat news yang kematian MJ kerna kesalahan doktor peribadinya.. 'katanya doktor itu hanya mengikut kehendak MJ untuk memberikannya ubat (dadah) tanpa mempeduli keselamatan diri MJ'.. dan doktor tu pun dah kemana2.. atau mungkin ini juga satu lagi agenda yahudi sepertimana dilakukan kepada 'Princess Diana'.. kan MJ juga baru merancang konsert di serata dunia.. ini cuma pandangan aku.. wallahuaklam..

kini terbukti aku bukan ckp kosong click sini

flight yang dinaiki ke Kuching juga kluar berita atas sedikit masalah.. nasib masih selamat, allhamdullih..
yang pasti perjalanan ini sangat menarik.. xsabar untuk kesane lagi..

Tuesday, June 2, 2009

nasihat seorang teman..


last friday merupakan hari konvokesyen.. agak kelam kabut..haha.. semua kerna nama yang pertama.. tambah lewat serta tidak ke raptai, di atas pentas aku terpinga2.. sedikit blur.. apepun sume berakhir dengan jayanya..yeah!! haha.. thx kepada family kerna hadir.. juga pada devon.. keesokan semua ke rumah uncle.. malu aku untuk berjumpa.. kerna project yang tak sempat disiapkan.. bukan sengaja, tapi keadaan tak mengizinkan.. aku perlukan sebuah computer baru..hurm.. ke putrajaya, dan kemudian terus ke ipoh.. pulang ini semata mahu menghadiri kenduri dila kelmarin(ahad). semalam masih sibuk mengisahkan barangan peribadi.. sume kerna beruk yang merompak haritu..haih.. kemudian terus ke kL semula.. di tengah perjalanan tegur broder diselah aku.."ke mne?" "balik umah, damansara, esok da keje" aku menjawap panjang kerna tak suke soalan diaju berkali.. tengokkan pada tafsir Quran dan nota-nota yang dibuat timbul perasaan ingin tahu.. " mengajar ke?" giliran aku bertanya. kemudian terus kitorang berborak panjang.. aku sukakan orang macam dia.. ada akal! dari masalah sosial, agama, politik lengkap dengan hujah dan fakta.. bagus nya kalau ramai yang begini.. malangnya lebih ramai orang yang bercakap menggunakan kepala lutut dari mengeluarkan fakta2 sebenar.. kalau soal hiburan mmg lengkap dengan fakta.. aku juga ambil tahu.. tapi sampah itu tak perlu diingat.. banyak perkara luar yang lebih penting.. banyak ilmu yang perlu dicedok.. tapi kebanyakannya hanya mencedok dari orang lain.. orang kata A dia pun A.. maka beginilah jadinya bangsa kita..hampa.. teringtkan kata seorang teman "kalau otak manusia ni boleh dijual, otak orang melayu lah yang paling mahal" terdiam aku seketika dan tersenyum..