Tuesday, October 6, 2009

titanic

tadi keluar lunch..sambil2 layan cite titanic kedai tu pasang.. wooo..mengimbau zaman dulu kala, ntah berape kali mengulang cite tu..bukan hanya aku, ramai lagi yang tergilakan.. apa saja barangan di cop titanic laku dipasaran.. klaka bile teringat aku mengumpul kad2 titanic.. kecik lagi kut time tu..haha.. suke tgok camne dia gambarkn sifat manusia.. lagi2 dalam keaadaan terdesak.. dan terasa diri sendiri kini di atas kapal titanic yang hampir karam tu.. sama ada selamatkan diri.. atau berpaling untuk orang lain, dan berkemungkinan sama tenggelam..owh..

Wednesday, September 30, 2009

tido

raya tahun ini seperti berlalu begitu sahaja.. teringat seketika aku bantu mak didapur.. lalu dicerita masalah tidur saban hari..owh.. susahnya nk lelapkan mata.. "kene amik ubat tido nih" gurau aku.. "huh, jangan nk mengada, nnti trus kene bergantung ngan mende tu" .... "kmu tau kenapa susah tido?" sambung mak dan disampuk kakak "haa..orang yang susah tido ni sebab banyak dosa.." ulp..terdiam aku.. bile difikir, direnung dan di ambil dari pengalaman manusia2 sekeliling.. aku dapati cukup kuat untuk mempercayai ayat itu.. malam tadi masih dengan masalah sama.. lalu bangun bersujud dan berdoa.. ya Allah, aku berdosa..

Tuesday, September 8, 2009

heLp Me!!


setelah keberapa kali, akhirnya ditekan juga.. ntah, setiap kali jari jemari menyentuh papan kekunci, fikiran mula melayang meliar mencari yang tak pasti.. dengan kebingungan sebagai rakyat malaysia ke kekecewaan bangsa.. kemudian kesibukan kerja yang ntah apa-apa.. kepada teman rapat yang tak habis menzahir masalah terus ke problem hati dan jiwa.. juga kesulitan hidup yang terpaksa dilalui dari hari ke hari.. masih mencari.. yang kanan mahu yang kiri.. ahh.. sakitnya hati.. ingin saja aku berlari.. disini tak pernah dibicara soal hati.. biarlah disimpan sendiri..

AAAAAaaaaaAaAAAAaAaaaAAAaGgGgGGgggggHHhhHhHHHH!!! fuh~

Monday, June 29, 2009

Michael Jackson


2-3 hari lepas ke kuching.. 1st news yang di dengar sesampai di kuching, pemergian Michael jackson (MJ) atau nama islam nya mikail.. tetapi tak ade satu pun brita luar yang memberitahu tentang MJ sebagai mikail. yang ada hanya menafikan.. sampainya di kLia smalam dapat news yang kematian MJ kerna kesalahan doktor peribadinya.. 'katanya doktor itu hanya mengikut kehendak MJ untuk memberikannya ubat (dadah) tanpa mempeduli keselamatan diri MJ'.. dan doktor tu pun dah kemana2.. atau mungkin ini juga satu lagi agenda yahudi sepertimana dilakukan kepada 'Princess Diana'.. kan MJ juga baru merancang konsert di serata dunia.. ini cuma pandangan aku.. wallahuaklam..

kini terbukti aku bukan ckp kosong click sini

flight yang dinaiki ke Kuching juga kluar berita atas sedikit masalah.. nasib masih selamat, allhamdullih..
yang pasti perjalanan ini sangat menarik.. xsabar untuk kesane lagi..

Tuesday, June 2, 2009

nasihat seorang teman..


last friday merupakan hari konvokesyen.. agak kelam kabut..haha.. semua kerna nama yang pertama.. tambah lewat serta tidak ke raptai, di atas pentas aku terpinga2.. sedikit blur.. apepun sume berakhir dengan jayanya..yeah!! haha.. thx kepada family kerna hadir.. juga pada devon.. keesokan semua ke rumah uncle.. malu aku untuk berjumpa.. kerna project yang tak sempat disiapkan.. bukan sengaja, tapi keadaan tak mengizinkan.. aku perlukan sebuah computer baru..hurm.. ke putrajaya, dan kemudian terus ke ipoh.. pulang ini semata mahu menghadiri kenduri dila kelmarin(ahad). semalam masih sibuk mengisahkan barangan peribadi.. sume kerna beruk yang merompak haritu..haih.. kemudian terus ke kL semula.. di tengah perjalanan tegur broder diselah aku.."ke mne?" "balik umah, damansara, esok da keje" aku menjawap panjang kerna tak suke soalan diaju berkali.. tengokkan pada tafsir Quran dan nota-nota yang dibuat timbul perasaan ingin tahu.. " mengajar ke?" giliran aku bertanya. kemudian terus kitorang berborak panjang.. aku sukakan orang macam dia.. ada akal! dari masalah sosial, agama, politik lengkap dengan hujah dan fakta.. bagus nya kalau ramai yang begini.. malangnya lebih ramai orang yang bercakap menggunakan kepala lutut dari mengeluarkan fakta2 sebenar.. kalau soal hiburan mmg lengkap dengan fakta.. aku juga ambil tahu.. tapi sampah itu tak perlu diingat.. banyak perkara luar yang lebih penting.. banyak ilmu yang perlu dicedok.. tapi kebanyakannya hanya mencedok dari orang lain.. orang kata A dia pun A.. maka beginilah jadinya bangsa kita..hampa.. teringtkan kata seorang teman "kalau otak manusia ni boleh dijual, otak orang melayu lah yang paling mahal" terdiam aku seketika dan tersenyum..

Wednesday, May 13, 2009

suda jatuh ditimpa bangunan

lagi hari-hari yang sukar.. bermula dengan pertelinkahan dengan D, maka pulang dengan api di dada.. baik ada z menemani.. di tgh perjalanan tetiba kereta buat hal. argh.. kehabisan minyak, ntah apa salahnya.. mungkin perlu menuding jari pada meter yang rosak.. setelah lima minit berfikir akhirnya membuat keputusan untuk tidak menyusahkan sesiapa.. maka berjalan kami ke stesyen minyak. setelah berbatu berjalan dan petrol station masih tak kelihatan z terpaksa akur dengan kata2 aku bahawa berjalan merupakan kerja gila. tak cukup dengan itu ntah dari mana, datang dua orang beruk.. seorang melayu dibonceng seorang india.
"melayu ke indon?" soalan sialan pertama yang keluar. dalam masa yang sama si india yang sebesar gorilla turun dari motosikal dan menunjukkan ID polis.. heh.. meminta kami tunjukkan ic kemudian dengan rakus melihat terus kedalam wallet kitorang.. wallet z dipulangkan mungkin kerna kosong.. haha.. setelah beberapa soalan mengarut keluar, beruk tu bertanya apa kitorang buat berjalan ditepi highway.. dengan jujur z menjawap dan dengan jujur dan tanpa sebarang soal z mengikut kata beruk2 tu mengarah berpatah balik dengan alasan untuk melihat kereta. itulah z.. xsempat aku nk tegur beruk dua ekor tu bergerak.. aku mintak semula wallet dan phone kitorang dan jawap beruk tu. "takde-takde.. aku bagi nanti korang lari" nak lari mane tepi highway tu bodoh.. sedar-sedar diorang yang lari.. kalau bukan memikirkan saiz badan beruk tu sebesar gorilla mmg aku bubuh je..ape jadi blakang kire ar.. haha.. tapi sebab dia gorila dan aku kancil yang berotak.. baik lah aku tak diapa-apakan.. da la hari-hari ada berita masuk hospital pasal kes seperti ni.. yang tak sempat masuk hospital pun ade.. apa nak jadi malaysia sekarang.. kemudian.. argh! malas aku nak cite.. yang pasti terus dengan episod2 malang..dari satu mende ke satu mende sehinggakan dua hari aku tak ke tempat kerja..
hari ni aku mula melalui hari seperti biase.. ke tempat kerja dan cuba menganggap tiada ape yang berlaku.. lalalala..

#owhya..tahniah kepada DS Nizar..aku da cakap dia memang MB yang sah..si zamry tu yang Halam..haha..

Tuesday, May 5, 2009

1st day working

setelah seminggu bercuti memulakan kerja hari ni.. lucky, de interternet.. haha, itu yang penting.. da lme pun xupdate blog.. suppose keje ni start smalam tapi tersangkut di ipoh kerna sume orang habis bercuti.. dan ini antara cuti terindah.. stelah skian lme percutian bersama seisi keluarga berjalan lancar.. best wooo..haha! actually banyak yang berlaku dalam semiggu bercuti ini.. cukuplah hanya aku yang mgetahui..(",) dan cuti yang lame ni membuatkan diri ini malas..ngee.. sudah, lupakan cuti..kini masanya berkerja.. masanya memikirkan masa depan.. ape pun ini baru hari pertama.. semoga semua berjalan lancar.. 1st project- adabi TVC.. hee..

Wednesday, April 15, 2009

komik (tommy&jerry)








sekali tengok mesti tak faham baca cite ni..
tapi komik ni adalah adaptasi dari cerita tuah & jebat..
taktau kenapa, tapi sampai sekarang aku mgagumi si jebat..
dan membenci si tuah yang dianggap hero ini..
pada aku tuah hanya seorang yang taat dan bodoh..
merelakan diri menjadi boneka kepada orang atasan..
kononnya setia..huh..

#kepada saudara Tuah sahabatku, terus bukan kau yang dimaksudkan..haha..

Sunday, March 29, 2009

no more (dia)


masa itu terlalu serabut..
ntah ape yang tak kena..
ntah ape yang difikir..
tak tertanggung lagi rase kepala ini..
dan rambut ini menjadi mangsa..
tiada lagi samurai bertocang..haha..
tapi bukan bebanan yang jadi punca..
ntah kerna apa..
mungkin kerna janji pada dia..
mungkin.. kerna dia..

selamat tinggal..

Saturday, March 7, 2009

B M

bahasa itu hampir mati..
dibunuh bangsanya sendiri..
hari ini..
ada yang cuba berdiri..
tidak mereka benarkan..
mungkin ingin dibiarkan..
biarkan bahasa itu..
mati..


Tuesday, March 3, 2009

pokok itu..


arh..jam 8.30am.. baru tersedar.. gara2 menyiapkan tiga visual 3D dalam satu malam.. sepatutnya ambil tren ke kL jam 9, bru sempat menjemput uncle dari UK.. dalam kekabutan masih sempat singgah di SUK.. sangat ramai.. langsung tercalit satu sejarah.. sidang DUN di bawah pokok..haha.. korang memang cool! seketika di kejar polis gara2 masuk di tengah kepungan polis/FRU.. semua kerna sekeping gambar.. hee.. walau marah dengan polis.. namun mereka hanya anjing yang mengikut arahan.. apa yang menjenkelkan adalah sekumpulan pakida.. tunjuk hero, hero yang tak berotak.. apakah spesis mereka ini.. dari mula aku membenci.. ntah apa perjuangan mereka!? konon demi bangsa.. tapi mereka ini yang memukul anak bangsa sendiri.. yang merosakkan anak bangsa.. juga yang menjatuhkan bangsa.. oh pakida.. sememangnya anda gagal!!

Saturday, February 21, 2009

mat rempit

jam 3 pagi tiba di ipoh.. lagi.. perjalanan kerumah dihiasi pemandangn remaja ditepian jalan.. terlalu ramai.. rosak anak muda bangsa ku.. mat rempit.. bukan main gah di atas jalan.. bangga diperhatikan.. ntah apa yang dibangga dengan motor jipang nya.. sampai bila.. apa yang boleh dikatakan, yang merempit juga yang menyokong sama.. bodoh.. teringat kisah seorang ustaz.. kebetulan ditontonnya adegan seorang rempit yang teruk kemalangan.. hanya menunggu masa.. kawan yang lain hanya memerhati dan ada yang pergi.. bila ditegur seseorang oleh ustaz, ini jawap nya.. "yang pergi tu tetap pergi pakcik, yang hidup ni, perjuangan mesti diteruskan" wakluu!! mungkin ini yang keluar dari mulut kawan aku jika terdengar kisah ini.. memang tak dapat disangkal lagi.. bodoh! sedikit malu aku dengan bangsa ku.. apakan daya, terus manusia akal cetek ini yang dibela kerajaan.. mungkin mudah diperguna kelak..


bersalaman dengan MB

siangnya ke rumah MB Nizar.. orang kurang.. mungkin menunggu esok.. menunggu saat dia meninggalkan kediaman MB. simpati aku dengannya.. juga rakyat perak yang tidak terbela.. mahu meluah perasaan satu bala angkatan FRU bakal turun..sini kan klon gaza..haha.. kan bagus jika mat rempit diperlaku begitu.. tapi yang diperangi adalah yang berfikir.. kerna yang bodoh hanya memberi lebih keuntungan..kerajaan malaysia..anda hebat sial! haha..

Friday, February 20, 2009

pemuda BN+hang tuah=bodoh



Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.


"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecah belahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

-dipetik dari malaysiakini

haha..tengok mereka ni hanya mengingatkan aku pada hang tuah.. seseorang yang taat dan bodoh..

Sunday, February 15, 2009

lain

sama..sudah beberapa minggu dengan benda yang sama.. aku ingin lain.. tidak ada beza hari kalau semalam tetap sama.. argh.. akhirnya minggu yang lain.. walau tidak tahu kemana pergi gara-gara tertido penat, asalkan ia malam minggu yang lain.. lain destinasi, lain aktiviti, juga lain teman.. haha.. siang ini cuti.. kerna busan, berjalan aku sendiri..dari klcc menuju ke puduraya.. tidak sikit pun dirancang, hanya mengikut kemana kaki melangkah.. akhirnya, sehelai sepinggang tiba di ipoh..hee.. mungkin ini yang di cari.. terlalu lama tidak menghirup udara ipoh.. semua nampak tenang walau baru pergolakan berlaku.. sinilah negeri dimana demokrasi terkubur..hurm.. ipoh..rindukan masa silam ku..

Wednesday, February 11, 2009

desktop wallpaper

pekerja-pekerja reene yang riang..haha.. busan di tempat kerja terhasil 2 lukisan ni.. lukisan bersama Qis, Zack & Hafiz..



Saturday, February 7, 2009

ape sula jadi

ke satu majlis hari jadi saudara kepada kenalan semalam.. alhamdullillah majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat.. dari geng2 surau rasanya.. sehabis bacaan doa selamat, masing menjamu hidangan.. maka terdengar la sedikit sebanyak perbualan politik dari geng2 surau tadi..setelah sudah mereka pun pergi.. maka barulah bermulut seorang pakcik ini..
"tu geng2 PAS la tu, tengok la, abis baca-baca doa, mgumpat"
"dia ingat raja tu sape, raja buat keputusan dia tau la..dia dah study la sume tu, ingat raja tu bodoh ke buat keputusan macam tu"
dan beberapa ayat lagi yang membuatkan aku tak dapat terus mendiam..
"erm..tapi saya orang perak ni pun marah jugak ngan tindakan sultan"
aku membuka kata.. senyap seketika, pakcik tadi dan beberapa lain memandang.. maka berlaku sedikit perdebatan.. si pakcik yang tak dapat menagkis hujah aku tak habis dengan isu lapuk.. kerana dia pakcik, bahasa ku susun rapi.. ikutkan hati mau je di cop bodoh..haha.. akhirnya dia terdiam dan merengek sendiri.. kemudian beredar membawa diri.. tanpa disedari majlis potong kek dah pun berlalu..hee..ape la, sedikit rasa salah juga pada pakcik tu.. juga tak boleh dibiar sesat..mungkin sedikit akan dia berfikir.. mungkin akan mampu waras semula..insyaallah..

Thursday, February 5, 2009

selamatkan perak

akhirnya berlaku pergelutan diperak.. sayangnya tak dapat melalui sangat2 genting ini.. memang celaka la keempat-empat (gambar sebelah) mereka yang menjadi punca, dan juga najib sebagai dalang.. BN sememangnya tak pernah kenal apa itu demokrasi.. dapat dilihat disini, duit merupakan segala-galanya.. punya wang semua mampu dibeli termasuk harga diri.. baru lagi mendengar kekejaman zionis merampas takhta, akhirnya berlaku di negeri kelahiran sendiri.. ada nya sultan juga tak berguna.. lemah.. kalau beginilah tindakan seorang sultan.. solat jumaat ku selama ini telah disia-siakan dengan doa keatasnya.. mengharap keajaiban berlaku.. semoga semua ini berlalu.. akhirnya yang benar pasti menang.. DS Nizar.. aku di belakang mu..

kalau orang nak bagi nampak dadah itu jijik, orang sebut NAJIS DADAH. Hari ini, Hambo nak bagi nampak rasuah tu jijik, hamba sebut TAHI RASUAH.. bermakna, kalau beli kereta dengan duit rasuah, KERETA TAHI. Kalau beli rumah dengan duit rasuah, RUMAH TAHI. Kalau menang pilihanraya dengan rasuah, YB TAHI
-Tok Guru

#sebab tu perangai orang umno busuk..

Wednesday, February 4, 2009

kahwin

seseorang ke kedai survey kad kahwin.. tak pernah terfikir tentang permintaan yang satu ni.. nasib ada balqis.. tapi dengan balqis2 skali pening..haha.. terlalu complex..semuanya harus di caj dari jenis kad, artwork dan printing berlainan dari setiap helaian.. ape pun cos dia mmg agak tinggi.. setelah broder tu pergi, aku secara spontannya meluahkan buah fikiran kepada balqis..
aku : ee..mahalkan harga dia..
balqis : a'ah, tu la..mahal gile..
aku : kay kalau kawen nanti ingat nak wat kad saiz bisness card je la..
balqis : haha..kedekut..
aku : hey, bukan kedekut la.. ok pe, depan tulis name semua.. then
blakang letak map.. lagipun kan lagi praktikal..orang bley simpan dalam walet.. kalau kad biasa lepas tengok orang buang je..kan..hee..

hurm..mungkin kad kawen tu betul-betul dirialisasikan nnti.. pertama dalam sejarah, pastu nnti baru orang ikut..haha.. nak kawin pun susah, tu baru kad kawen blum blanje yang lain.. bukan tak boleh nak kurangkan cos.. tapi masalah orang kita terlalu banyak mulut.. ape pun tak kene..terikut sangat adat.. benda yang simple di putar belit alam supaya lebih sempurna kononnya.. percaya sangat benda karut, da la ikut adat bangsa lain (india).. yang betul islam tak nak pula diikut..hurm.. itu la bangsa ku..

Tuesday, February 3, 2009

tibanya februari

tiba sudah bulan kedua..asalnya nak update gambar setiap bulan..tapi tak berkesempatan dek jadual keje yang memenuhi setiap hari..memang perjalanan yang mencabar..bukan senang beb nak senang..haha..ntah sampai bila aku akan bertahan..bukan tak tahan, tapi slalu rasakan bukan ini jalannya, jalan yang btul-btul dicari.. tambahan panggilan mak kelmarin memberi sedikit impak.. mungkin itu antara kekurangan yang aku rase..aku rindukan mereka!
hari2 berlalu terlalu pantas..tak terkejar.. mungkin ini yang aku risaukan..takut tak sempat, tak sempat mengapai cita.. dengan kerja kini, langsung diabai urusan luar, inikan mengejar anganangan.. mungkin betul ape difikir, aku perlu berubah.. tak boleh macam ni.. terasa baki masa terlalu singkat..sangat singkat..

dari membuat call card, mengenali seseorang dari media prima.. mungkin akan dapat membantu, membantu ke platform baru..

Wednesday, January 28, 2009

semalam yang suram

chinese newyear di ipoh.. sehari suntuk dihabiskan dibilik, akhirnya tertidur dibuai lagu alunan laptop.. pelik, biasanya jika tertido siang segalanya gelap..tak pernah bermimpi.. tapi berbeza kali ni.. semua kenangan muncul.. tidak satu pun tercicir.. dari satu ke satu watak yang pernah hinggap di dalam hidup ini muncul..terlalu banyak, watak penting mahupun watak sampingan.. bila tersedar ntah kenapa air mata menitis.. kebetulan lagu "andai kutahu" sedang teralun.. diluar tingkap hujan mula turun.. seakan memahami.. segalanya mula bermain difikiran.. kusut, satu perjalanan yang kusut.. terlampau banyak yang silap.. terlampau banyak salah.. terlampau banyak yang tak betul.. terlampau banyak penipuan.. terlampau banyak lakonan.. mungkin ini peringatan.. mungkin aku terlalu jauh dariNya.. ya Allah.. sesungguhnya aku terlalu jauh dariMu.. kau tunjukkan lah aku jalan pulang kesisiMu ya Allah..

Sunday, January 25, 2009

menyumbang

smalam cuti..kluar temankan auntie bawak anak2 ke klcc..tengok movie berjalan2 dan pulang.. hatem dan amad turut ada bersama.. disini cerita bermula..

aku: kitorang tengok bedtime stories tadi..
hatem: tu bukan ke cerita yang nak sumbang kat israel tu..
aku: ha!? yeke, sumpah taktau..

kala ini rase macam di beri senapang dan aku menembak saudara2 di palestine.. aku tau tentang sebuah filem yang akan menyumbang 100% keuntungan ke israel..tapi tidak tau akan tajuknya.. berdosanya rasa..salah aku tidak mengambil tau lebih detail.. dalam sibuk aku berkempen boikot barangan amerika dan israel, telah menyumbang sedikit kepada mereka..masyaallah..
kemudian auntie menyambung..

mak ida: ouh..makida tau pasal tu..
aku: abis tu asal tak cakap..
mak ida: ala..sekarang nak diorag seronok ke, kita seronok..
aku: gile..ade fikir camtu..

aku dan hatem tak terkata ape..tegur lebih2 nnti menyentap..putus saudara bertahun..tapi serius, itu la statment paling bodoh aku penah dengar..andai ketika ini aku tentera hamas di palestine, nescaya aku tembak auntie aku dengan bazooka dari jarak dekat..boOm!!

Tuesday, January 20, 2009

hati


L mgenangkan aku kepada dia..
bercakap tentang dia hanya akan buat aku sedih.. sebuah pertemuan yang umpama mimpi dan entah dimana pengakhirnya.. dan aku sama kali takkan meluahkan tentang dia disini.. biar hanya hati ini sahaja yang mengetahui..

Monday, January 19, 2009

bekerja

kini ditempat kerja..akhirnya.. hari pertama, hurm..rase cam hari pertama di sekolah rendah.. sumenye asing.. satu2 mende diberitahu..walaupun ade yang da tahu aku diam membisu..biarkan ego mereka terus.. huh..mereka memang banyak mulut..bende yang sama diberitahu berulang ulang dan ulang..kali.. akhirnya.. balqis datang menyelamatkan dunia, mereka harus keluar untuk dinner.. berdua dengan balqis melayan pelanggan.. sekejab ramai dan sekejab kurang, kurang dan tiada.. "harini orang tak ramai la" kata balqis.. owh..so biase mesti lagi ramai..hurm..busan menunggu maka blog ni ditulis..

Thursday, January 15, 2009

lupakan

dalam tak semena mengemas bilik ditengah malam, actually bukan mengemas tapi memunggah, memunggah sume barang lame.. terlihat pada karya-karya lame.. memang sangat banyak.. bile diteliti btul-betul sememangnya prestasi aku banyak menurun.. artwork yang dulu lebih teliti, mungkin banyak mase untuk itu..ye memang banyak mase aku
luangkan untuk berkarya dulu.. sebab aku punya impian. dari satu ke satu karya aku sedar yang kebanyakannya tak habis.kenapa selalu dibiarkan ia..biarkan berhenti di tengah jalan. bukan nak menyalah si dia, tetapi dengan dia banyak benda yang aku lepaskan.. termasuk impian ini.. ya, yang bodohnya aku.. tapi benda dah berlalu.. takde guna nye hendak menuding sesiapa.. karya-karya lame itu tetap disimpan.. mungkin akan berharga kelak.. mungkin juga terus menjadi sampah..

Saturday, January 10, 2009

binatang

baru tiba di ipoh.. malam nye ke majlis malam solidariti kemanusiaan untuk palestin di stadium indra mulia ipoh. teringat kata seorang wakil india yang menyamakan israel dengan binatang..mungkin itu selayaknya diberi kepada israel yang tanpa peri kemanusiaan. atau mungkin binatang lebih mulia dari kaum itu. dari 6 bulan lepas gaza yg kini ibarat penjara terbesar didunia disekat dari pelbagai kemudahan dari ekonomi, sekatan air, ladang sebagai sumber makanan dihapuskan dan kini mereka diserang habis-habisan umpama menidakkan kewujudan mereka di muka bumi ini. tatkala kita disini menikmati hidangan enak, mereka menjadikan rumput sebagai makanan meneruskan hidup..hidup diambang maut, bila saja mungkin di bom..
mana pergi negara islam yg lain. dengan mesir yang bersetongkol menyekat sempadan gaza. dan arab saudi yang membantu ekonomi amerika. apa jadi dengan pemimpin islam ini..kalau bukan atas dasar seagama pun mane hilangnya keperimanusiaan! dan yang lebih menyakitkan melihat teman2 di malaysia yang rata2 langsung tak mengambil endah. apa makna hidup kalian? hanya untuk diri.. lepas makan, cukup hiburan sudah! ditegur dikata poyo.. maka dibiarkan bodo.. tapi sampai bila.. da sampai masa kita berubah..tak dapat berikan tenaga maka hulurkan doa.. luahkan ekspresi kita.. tunjukkan bantahan atas apa yang berlaku. tidakkan negara2 yang bersetongkol. bersama perlu kita boikot barangan amerika yang banyak membantu israel membunuh orang islam. tak mati pun la kalau tak beli barang2 tu. kalau beli ye ramai yang akan mati.. fikir2 la..semoga palestin akan terbela..

tolong boikot barangan ini:


lain barangan berkait israel lawati: click here

Wednesday, January 7, 2009

interview

perjalanan di kL kali ini tak dapat di paparkan atas ketiadaan kemera bersama.. hanya memori sendiri yang dapat merakamkan 1001 kisah yg berlaku. bersama sue dan alip bergerak ke kL atas jemputan interview di sebuah syarikat animasi. dalam perjalanan tetiba kisah yang hampir terkubur di kotak fikiran kembali mengganggu. gara2 sue yang memainkan lagu2 ketika bersama seseorang dulu. dan kini masih mengganggu. sudah ok..ingatkan devon. da banyak sangat hati yg terluka.. kembali menumpukan fikiran pada interview. menjemput zack, mlam tu bersama melawat teman2 di shah alam.. mereka kata disana busan, tapi mereka nampak happy. maybe coz baru lgi.. kejab2 lgi da bergaul masing2 akan ada hidup masing2.. dan aku pun akan dilupakan. sedih untuk fikirkan begitu, tapi itu la lumrahnya realiti hidup. seterusnya tiba hari ini, hari interview. setelah mencari jalan selama 2 jam, distinasi dituju tiba. aku dan zack dipisah mengikut department. apepun interview kami xberjaya..haha mungkin atas sebab bidang yang kurang sesuai.. zack macam sedikit terkilan. aku tak brape kisah, lagipun tempat dia sangat jauh.. perjalanan balik macam agak suram..haha..tak tau kenapa..tapi yang pasti hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai..huh!?

Saturday, January 3, 2009

tali pinggang + demonstrasi

semalam.. keluar ngn abg2 dan adik2 ke masjid negeri.. di setengah perjalanan abang aku pesan "hey, pakai tali pingang belakang", dengan senyuman..haha..ye, aku tringat..baru kelmarin dikuatkuasa.. si amad dan qais (kedua adik) dengan lagak mereka menarik tali pinggang kononnye..kemudian gelakkan aku..haha.. bodo, aku ditengah2, celah mane aku nk tarik tali pinggang.. kata amad "kesian, kmu sorang kene saman nanti" hahaha..kitorang tergelak, tergelak dengan kebodohan undang2 baru ni..


di demonstrasi (bersama menteri besar perak)

text khutbah jumaat ini sangat bagus..mungkin perlu di edarkan pada orang ramai supaya lebih prihatin.. orang malaysia ni terlalu kurang sensitivity..ape jadi di palestin pun tidak dipeduli.. sehabis solat berkumpul untuk tunjuk perasaan aman..pengurusan yg lemah, ramai yg terus balik setelah habis solat..langsung takde pemberitahuan..tapi alhamdullilah masih ramai juga yg kekal..walau hanya seketika, mungkin dapat mresapkan kesederan pada orang ramai, walau masih ramai lagi yang alpa..
brita malam menunjukkan demostrasi di seluruh dunia.. ternyata malaysia negara islam yg lemah.. seronok tengok di jakarta.. berharap akan berlaku di malaysia..

Thursday, January 1, 2009

dis 08 photo


sepetang selepas beriadah


cinta kehijauan-dihalaman rumah kenalan mak..hee


strike-bowling jusco


nour damia qistina-my niece


uncle penyayang(",)-ipoh parade


keriangan-halaman rumah ku


maghrib-sua rasa tv9


hingga hujung nyawa-tok di kampung