Saturday, February 7, 2009

ape sula jadi

ke satu majlis hari jadi saudara kepada kenalan semalam.. alhamdullillah majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat.. dari geng2 surau rasanya.. sehabis bacaan doa selamat, masing menjamu hidangan.. maka terdengar la sedikit sebanyak perbualan politik dari geng2 surau tadi..setelah sudah mereka pun pergi.. maka barulah bermulut seorang pakcik ini..
"tu geng2 PAS la tu, tengok la, abis baca-baca doa, mgumpat"
"dia ingat raja tu sape, raja buat keputusan dia tau la..dia dah study la sume tu, ingat raja tu bodoh ke buat keputusan macam tu"
dan beberapa ayat lagi yang membuatkan aku tak dapat terus mendiam..
"erm..tapi saya orang perak ni pun marah jugak ngan tindakan sultan"
aku membuka kata.. senyap seketika, pakcik tadi dan beberapa lain memandang.. maka berlaku sedikit perdebatan.. si pakcik yang tak dapat menagkis hujah aku tak habis dengan isu lapuk.. kerana dia pakcik, bahasa ku susun rapi.. ikutkan hati mau je di cop bodoh..haha.. akhirnya dia terdiam dan merengek sendiri.. kemudian beredar membawa diri.. tanpa disedari majlis potong kek dah pun berlalu..hee..ape la, sedikit rasa salah juga pada pakcik tu.. juga tak boleh dibiar sesat..mungkin sedikit akan dia berfikir.. mungkin akan mampu waras semula..insyaallah..

No comments: