Wednesday, January 28, 2009

semalam yang suram

chinese newyear di ipoh.. sehari suntuk dihabiskan dibilik, akhirnya tertidur dibuai lagu alunan laptop.. pelik, biasanya jika tertido siang segalanya gelap..tak pernah bermimpi.. tapi berbeza kali ni.. semua kenangan muncul.. tidak satu pun tercicir.. dari satu ke satu watak yang pernah hinggap di dalam hidup ini muncul..terlalu banyak, watak penting mahupun watak sampingan.. bila tersedar ntah kenapa air mata menitis.. kebetulan lagu "andai kutahu" sedang teralun.. diluar tingkap hujan mula turun.. seakan memahami.. segalanya mula bermain difikiran.. kusut, satu perjalanan yang kusut.. terlampau banyak yang silap.. terlampau banyak salah.. terlampau banyak yang tak betul.. terlampau banyak penipuan.. terlampau banyak lakonan.. mungkin ini peringatan.. mungkin aku terlalu jauh dariNya.. ya Allah.. sesungguhnya aku terlalu jauh dariMu.. kau tunjukkan lah aku jalan pulang kesisiMu ya Allah..

Sunday, January 25, 2009

menyumbang

smalam cuti..kluar temankan auntie bawak anak2 ke klcc..tengok movie berjalan2 dan pulang.. hatem dan amad turut ada bersama.. disini cerita bermula..

aku: kitorang tengok bedtime stories tadi..
hatem: tu bukan ke cerita yang nak sumbang kat israel tu..
aku: ha!? yeke, sumpah taktau..

kala ini rase macam di beri senapang dan aku menembak saudara2 di palestine.. aku tau tentang sebuah filem yang akan menyumbang 100% keuntungan ke israel..tapi tidak tau akan tajuknya.. berdosanya rasa..salah aku tidak mengambil tau lebih detail.. dalam sibuk aku berkempen boikot barangan amerika dan israel, telah menyumbang sedikit kepada mereka..masyaallah..
kemudian auntie menyambung..

mak ida: ouh..makida tau pasal tu..
aku: abis tu asal tak cakap..
mak ida: ala..sekarang nak diorag seronok ke, kita seronok..
aku: gile..ade fikir camtu..

aku dan hatem tak terkata ape..tegur lebih2 nnti menyentap..putus saudara bertahun..tapi serius, itu la statment paling bodoh aku penah dengar..andai ketika ini aku tentera hamas di palestine, nescaya aku tembak auntie aku dengan bazooka dari jarak dekat..boOm!!

Tuesday, January 20, 2009

hati


L mgenangkan aku kepada dia..
bercakap tentang dia hanya akan buat aku sedih.. sebuah pertemuan yang umpama mimpi dan entah dimana pengakhirnya.. dan aku sama kali takkan meluahkan tentang dia disini.. biar hanya hati ini sahaja yang mengetahui..

Monday, January 19, 2009

bekerja

kini ditempat kerja..akhirnya.. hari pertama, hurm..rase cam hari pertama di sekolah rendah.. sumenye asing.. satu2 mende diberitahu..walaupun ade yang da tahu aku diam membisu..biarkan ego mereka terus.. huh..mereka memang banyak mulut..bende yang sama diberitahu berulang ulang dan ulang..kali.. akhirnya.. balqis datang menyelamatkan dunia, mereka harus keluar untuk dinner.. berdua dengan balqis melayan pelanggan.. sekejab ramai dan sekejab kurang, kurang dan tiada.. "harini orang tak ramai la" kata balqis.. owh..so biase mesti lagi ramai..hurm..busan menunggu maka blog ni ditulis..

Thursday, January 15, 2009

lupakan

dalam tak semena mengemas bilik ditengah malam, actually bukan mengemas tapi memunggah, memunggah sume barang lame.. terlihat pada karya-karya lame.. memang sangat banyak.. bile diteliti btul-betul sememangnya prestasi aku banyak menurun.. artwork yang dulu lebih teliti, mungkin banyak mase untuk itu..ye memang banyak mase aku
luangkan untuk berkarya dulu.. sebab aku punya impian. dari satu ke satu karya aku sedar yang kebanyakannya tak habis.kenapa selalu dibiarkan ia..biarkan berhenti di tengah jalan. bukan nak menyalah si dia, tetapi dengan dia banyak benda yang aku lepaskan.. termasuk impian ini.. ya, yang bodohnya aku.. tapi benda dah berlalu.. takde guna nye hendak menuding sesiapa.. karya-karya lame itu tetap disimpan.. mungkin akan berharga kelak.. mungkin juga terus menjadi sampah..

Saturday, January 10, 2009

binatang

baru tiba di ipoh.. malam nye ke majlis malam solidariti kemanusiaan untuk palestin di stadium indra mulia ipoh. teringat kata seorang wakil india yang menyamakan israel dengan binatang..mungkin itu selayaknya diberi kepada israel yang tanpa peri kemanusiaan. atau mungkin binatang lebih mulia dari kaum itu. dari 6 bulan lepas gaza yg kini ibarat penjara terbesar didunia disekat dari pelbagai kemudahan dari ekonomi, sekatan air, ladang sebagai sumber makanan dihapuskan dan kini mereka diserang habis-habisan umpama menidakkan kewujudan mereka di muka bumi ini. tatkala kita disini menikmati hidangan enak, mereka menjadikan rumput sebagai makanan meneruskan hidup..hidup diambang maut, bila saja mungkin di bom..
mana pergi negara islam yg lain. dengan mesir yang bersetongkol menyekat sempadan gaza. dan arab saudi yang membantu ekonomi amerika. apa jadi dengan pemimpin islam ini..kalau bukan atas dasar seagama pun mane hilangnya keperimanusiaan! dan yang lebih menyakitkan melihat teman2 di malaysia yang rata2 langsung tak mengambil endah. apa makna hidup kalian? hanya untuk diri.. lepas makan, cukup hiburan sudah! ditegur dikata poyo.. maka dibiarkan bodo.. tapi sampai bila.. da sampai masa kita berubah..tak dapat berikan tenaga maka hulurkan doa.. luahkan ekspresi kita.. tunjukkan bantahan atas apa yang berlaku. tidakkan negara2 yang bersetongkol. bersama perlu kita boikot barangan amerika yang banyak membantu israel membunuh orang islam. tak mati pun la kalau tak beli barang2 tu. kalau beli ye ramai yang akan mati.. fikir2 la..semoga palestin akan terbela..

tolong boikot barangan ini:


lain barangan berkait israel lawati: click here

Wednesday, January 7, 2009

interview

perjalanan di kL kali ini tak dapat di paparkan atas ketiadaan kemera bersama.. hanya memori sendiri yang dapat merakamkan 1001 kisah yg berlaku. bersama sue dan alip bergerak ke kL atas jemputan interview di sebuah syarikat animasi. dalam perjalanan tetiba kisah yang hampir terkubur di kotak fikiran kembali mengganggu. gara2 sue yang memainkan lagu2 ketika bersama seseorang dulu. dan kini masih mengganggu. sudah ok..ingatkan devon. da banyak sangat hati yg terluka.. kembali menumpukan fikiran pada interview. menjemput zack, mlam tu bersama melawat teman2 di shah alam.. mereka kata disana busan, tapi mereka nampak happy. maybe coz baru lgi.. kejab2 lgi da bergaul masing2 akan ada hidup masing2.. dan aku pun akan dilupakan. sedih untuk fikirkan begitu, tapi itu la lumrahnya realiti hidup. seterusnya tiba hari ini, hari interview. setelah mencari jalan selama 2 jam, distinasi dituju tiba. aku dan zack dipisah mengikut department. apepun interview kami xberjaya..haha mungkin atas sebab bidang yang kurang sesuai.. zack macam sedikit terkilan. aku tak brape kisah, lagipun tempat dia sangat jauh.. perjalanan balik macam agak suram..haha..tak tau kenapa..tapi yang pasti hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai..huh!?

Saturday, January 3, 2009

tali pinggang + demonstrasi

semalam.. keluar ngn abg2 dan adik2 ke masjid negeri.. di setengah perjalanan abang aku pesan "hey, pakai tali pingang belakang", dengan senyuman..haha..ye, aku tringat..baru kelmarin dikuatkuasa.. si amad dan qais (kedua adik) dengan lagak mereka menarik tali pinggang kononnye..kemudian gelakkan aku..haha.. bodo, aku ditengah2, celah mane aku nk tarik tali pinggang.. kata amad "kesian, kmu sorang kene saman nanti" hahaha..kitorang tergelak, tergelak dengan kebodohan undang2 baru ni..


di demonstrasi (bersama menteri besar perak)

text khutbah jumaat ini sangat bagus..mungkin perlu di edarkan pada orang ramai supaya lebih prihatin.. orang malaysia ni terlalu kurang sensitivity..ape jadi di palestin pun tidak dipeduli.. sehabis solat berkumpul untuk tunjuk perasaan aman..pengurusan yg lemah, ramai yg terus balik setelah habis solat..langsung takde pemberitahuan..tapi alhamdullilah masih ramai juga yg kekal..walau hanya seketika, mungkin dapat mresapkan kesederan pada orang ramai, walau masih ramai lagi yang alpa..
brita malam menunjukkan demostrasi di seluruh dunia.. ternyata malaysia negara islam yg lemah.. seronok tengok di jakarta.. berharap akan berlaku di malaysia..

Thursday, January 1, 2009

dis 08 photo


sepetang selepas beriadah


cinta kehijauan-dihalaman rumah kenalan mak..hee


strike-bowling jusco


nour damia qistina-my niece


uncle penyayang(",)-ipoh parade


keriangan-halaman rumah ku


maghrib-sua rasa tv9


hingga hujung nyawa-tok di kampung