Saturday, January 10, 2009

binatang

baru tiba di ipoh.. malam nye ke majlis malam solidariti kemanusiaan untuk palestin di stadium indra mulia ipoh. teringat kata seorang wakil india yang menyamakan israel dengan binatang..mungkin itu selayaknya diberi kepada israel yang tanpa peri kemanusiaan. atau mungkin binatang lebih mulia dari kaum itu. dari 6 bulan lepas gaza yg kini ibarat penjara terbesar didunia disekat dari pelbagai kemudahan dari ekonomi, sekatan air, ladang sebagai sumber makanan dihapuskan dan kini mereka diserang habis-habisan umpama menidakkan kewujudan mereka di muka bumi ini. tatkala kita disini menikmati hidangan enak, mereka menjadikan rumput sebagai makanan meneruskan hidup..hidup diambang maut, bila saja mungkin di bom..
mana pergi negara islam yg lain. dengan mesir yang bersetongkol menyekat sempadan gaza. dan arab saudi yang membantu ekonomi amerika. apa jadi dengan pemimpin islam ini..kalau bukan atas dasar seagama pun mane hilangnya keperimanusiaan! dan yang lebih menyakitkan melihat teman2 di malaysia yang rata2 langsung tak mengambil endah. apa makna hidup kalian? hanya untuk diri.. lepas makan, cukup hiburan sudah! ditegur dikata poyo.. maka dibiarkan bodo.. tapi sampai bila.. da sampai masa kita berubah..tak dapat berikan tenaga maka hulurkan doa.. luahkan ekspresi kita.. tunjukkan bantahan atas apa yang berlaku. tidakkan negara2 yang bersetongkol. bersama perlu kita boikot barangan amerika yang banyak membantu israel membunuh orang islam. tak mati pun la kalau tak beli barang2 tu. kalau beli ye ramai yang akan mati.. fikir2 la..semoga palestin akan terbela..

tolong boikot barangan ini:


lain barangan berkait israel lawati: click here

No comments: